Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Sukan Hari ini

  • Monday, June 4, 2007
  • zana991
  • Sekapur Sirih

  • zana991
  • Labels:
  • UKM

    Perjalanan sejarah yang menuju ke lembah Sungai Langat sehingga tiba ke kampus Universiti Kebangsaan Malaysia di Bangi cukup lama, bersimpang siur, sulit dan penuh masalah. Ia telah melalui berbagai tahap perkembangannya serta melibatkan ramai cendikiawan dan pemikir. Oleh itu, apabila Universiti Kebangsaan Malaysia tertubuh secara rasmi pada 18hb. Mei 1970, dan bertapak di kampus sementaranya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Universiti ini mengungkapkan secebis sejarah dan impian bangsa Malaysia sendiri. Untuk meneliti sejarahnya kita harus menoleh jauh kebelakang, pada dekad dua puluhan, apabila A. Kadir Adabi, seorang tokoh pendidik, mencadangkan supaya sebuah universiti ditubuhkan untuk orang Melayu