Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Maksud ICT ??

  • Wednesday, May 19, 2010
  • zana991
  • Baru2 ni, kawan yang duduk depan aku telah pergi bercuti ke negeri yang terkenal dengan keropok lekor; Terengganu Darul Iman... Dia pergi bersama 2 orang rakannya sewaktu cuti Hari Wilayah tempoh hari...

    Balik tu, biasalah... Dia bercerita mengenai tempat yang dia duduk dan aktiviti yang dijalankan disana... Kalau dah namanya berjalan, memang la seronok... So, cerita punya cerita, tiba-tiba dia tanya aku tentang maksud satu perkataan...

    "Kalau kau tau, ape maksud ICT ??..." soal dia pada aku ketika aku sibuk menaip

    "Soalan ape yang kau tanya ni... Ni soalan budak sekolah rendah!!..." balas aku selamba

    "Yelah, jawablah soalan aku... Kau tau tak ape maksud ICT???...." dia membalas

    "Tahu!... ICT tu maksudnya Information and Communication Technology...." balas aku semula



    Bila aku jawab macam tu, dia bantai gelak macam nak giler... Aku pandang aje kat dia dengan muka yang blur... "Ehhh perempuan ni, sihat ke tak dia ni???..." Takde angin, takde ribut... Tiba2 je gelak tak tentu pasal... Biar benar budak ni...

    Bila dia dah abis gelak, aku tanyalah dia balik, apesal dia pi gelak bila aku jawab macam tu?... Barulah dia cakap, masa dia nak balik ke KL dari Terengganu tempoh hari, dia adalah singgah kat satu tempat... Dia dan kawan2 dia terpandang satu gerai yang agak buruk (standardla gerai2 kat tepi jalan ni...) dan dia orang terkejut bila satu gerai tu tulis "Kiosk ICT"...


    Kiosk ICT - ape maksudnya bagi korang???


    Dalam kepala otak masing2 dok terbayang, "Wahhh.... canggihnya gerai ni!!.. Mesti ada WiFi kat gerai ni... Mesti ada internet kat sini... Ini sudah bagus!!!....."

    Maka dengan perasaan ingin tahu, mereka pun menghampiri la gerai tu... Perut pun mula berkeroncong bila terhidu baru wangi makanan kat situ... Bila dah dekat, masing2 gelak besar bila terpandang tulisan diatas papan tanda gerai tu... Apa yang difikirkan adalah sebaliknya... "Kiosk ICT" yang dimaksudkan itu bukanlah seperti kiosk yang ada di KL ni... Ianya cuma gerai biasa yang menjual makanan!!!...

    Nak salahkan pemilik, tak boleh gak sebab kiosk membawa maksud tempat atau persinggahan kecil... Memang betul la apa yang pemilik buat... ICT didalam konteks pemilik dan penduduk sekitar membawa maksud "Ikan Celup Tepung"... Heheheheheheheheeeeee... So, diringkaskan jadilah ICT tu...

    Betul lah tu... Dah papan tanda tu tak muat nak tulis panjang2, letak short form jelah... Sama gak maksudnya...

    Barulah aku paham kenapa dia gelak besar bila aku jawab macam tu... Aku pun tergelak sama lah... Kesimpulannya, kita jangan cepat berprasangka... Satu perkataan, tidak akan membawa satu maksud saja... Ianya boleh membawa maksud yang lain... Heheheheheheeeee...

    0 comments: