Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Makanan untuk anak tidak sihat

  • Monday, May 28, 2012
  • zana991
  • Memberi Makan Kanak-kanak Sakit


    Makanan yang mencukupi dan berzat adalah penting untuk bayi dan kanak-kanak bagi menjamin kesihatan mereka. Tetapi apabila seseorang anak itu menghidap sesuatu penyakit seleranya selalunya menjadi kurang dan ini menyebabkan ibu bapa berasa gelisah terutamanya jika penyakit itu berterusan dengan lamanya.

    Penyakit-penyakit seperti batuk selesema, sakit tekak, sakit perut dan penyakit-penyakit yang menyebabkan seseorang anak itu selalu muntah atau cirit akan memerlukan pengubahsuaian kepada cara memberi makanan serta komposisi makanan sehingga anak itu sihat semula.

    DEMAM

    Jangkitan virus yang biasa terdapat di kalangan bayi atau kanak-kanak selalu menyebabkannya demam dan kurang selera. Bukan mudah bagi seseorang ibu memberi anak mereka makan ubat kerana ini selalu diluahkan keluar. Bagi kanak-kanak yang sudah besar dan boleh memahami tentang pentingnya ubat untuk menyembuhkan penyakitnya masalah memberi ubat mungkin mudah diatasi. Tetapi bagi bayi-bayi dan kanak-kanak kecil yang tidak mahu bekerjasama, ubat-ubat yang diberi oleh doktor-doktor mungkin perlu dicampurkan dengan minuman yang digemari oleh mereka. Ada kalanya pula cara ini menyebabkan sekumpulan kanak-kanak kecil hilang minat kepada jenis minuman yang digunakan. Oleh itu, ada pendapat yang mengatakan ibu-ibu tidak patut mencampurkan ubat dengan minuman yang kanak - kanak itu suka atau biasa minum seperti susu atau jus oren. Ubat-ubat yang berbentuk tablet boleh dihancurkan dan dicampurkan dengan bahan minuman yang enak rasanya.

    Kanak-kanak yang demam selalu hilang selera untuk makan pepejal atau makanan keras. Kanak-kanak yang demam banyak kehilangan air dari badannya, oleh itu adalah penting kanak-kanak itu digalakkan meminum air dengan lebih. Kanak-kanak yang kekeringan tidak banyak kencing dan kencingnya berwarna kuning pekat. Oleh hal yang demikian itu, mereka mesti digalakkan untuk banyak meminum air, seperti jus oren, jus nanas, jus blackcurrant atau barli.

    Minuman-minuman lain seperti jus anggur, air kacang soya dan air teh manis juga boleh diberi mengikut kemahuan mereka. Jika dipaksa kanak-kanak meminum air dengan banyaknya kadangkala mereka akan muntah, oleh itu adalah lebih sesuai jika mereka digalakkan meminum sedikit demi sedikit dengan kerapnya. Kanak-kanak yang besar selalunya lebih gemar menghisap dengan straw atau menghisap air batu yang telah dihancurkan.
    Pada hari pertama atau kedua kanak-kanak biasanya tidak berselera untuk makan makanan pepejal tetapi bila mereka mula mengeluh lapar, atau bila selera mereka mula kembali mereka bolehlah diberi bahan - bahan makanan seperti bahan-bahan makanan yang direndam dalam sup seperti sup ayam atau roti tos yang disapu dengan jem, kaya atau susu manis. Roti yang dicampur dengan telur setengah masak bersama kicap atau sos dan bubur nasi bercampur ikan atau daging juga disaran supaya diberikan.

    Memang diakui ada kanak-kanak yang sukar diberi apa-apa sahaja makanan semasa dia demam. Bagi kanak-kanak seperti itu memaksa mereka makan mungkin menambahkan masalah seperti muntah.

    MUNTAH-MUNTAH

    Kanak-kanak yang muntah selalunya rumit diberi minuman atau makanan, lebih-lebih lagi ubat-ubat yang diberi oleh doktor. Mereka boleh digalakkan untuk menghisap air batu atau air batu yang telah dihancurkan. Jika boleh mereka hendaklah digalakkan menghisap air melalui straw sedikit demi sedikit. Apabila jelas yang mereka tidak lagi muntah bolehlah mereka minum air dengan banyaknya. Pada hari pertamanya adalah baik jika jumlah air yang diberi pada satu-satu masa itu tidak melebihi 3 atau 4 auns.

    Kadangkala kanak-kanak yang sakit itu selalu meminta minuman tetapi bila dia diberikan air, dia muntah semula. Jika keadaan ini berlaku, dicadangkan air tidak diberi antara 2-3 jam kerana besar kemungkinan ini akan dimuntahkan juga. Adalah lebih baik jika kanak-kanak diberi air atau air batu yang hancur untuk dihisap. selepas itu jumlah air yang diberi bolehlah dilebihkan. Muntah-muntah didapati dalam berbagai-bagai jenis penyakit. Oleh itu ibu bapa perlu diingatkan supaya membawa anak mereka berjumpa doktor untuk menentukan punca penyakit dikenalpasti dan ubat yang sewajarnya dibekalkan.

    CIRIT-BIRIT

    Bayi-bayi yang menghidap penyakit cirit-birit dan muntah-muntah mengalami kekeringan yang boleh membahayakan. Jika bayi kelihatan letih, bernafas dengan kencangnya, mata seolah-olah tenggelam atau ternampak darah atau nanah di dalam najis dia perlu dibawa dengan segera berjumpa doktor. Penyakit cirit-birit yang menyerang bayi biasanya disebabkan oleh kuman virus dan boleh dirawat dengan memberinya minuman larutan gula bercampur garam. Bagi bayi-bayi yang sedang diberi susu badan ini boleh diteruskan. Jika bayi diberi susu formula ini boleh dicairkan dan jika masih tidak berkesan diberhentikan terus. Bayi harus diberi hanya larutan air yang dicampur dengan gula serta garam. Kadangkala air yang hilang dari cirit itu boleh melebihi jumlah air yang diminum oleh seseorang bayi menyebabkan dia mudah mendapat kekeringan. Bayi menjadi kering, kurang kencing dan lampung badannya apabila diangkat.

    Jika keadaan ini berlaku eloklah bayi itu dibawa untuk diperiksa oleh doktor kerana tahap kekeringannya mungkin mmbimbangkan dan dia perlu diberi air melalui saluran darah.

    Kanak-kanak dari umur dua tahun ke atas yang mendapat penyakit cirit-birit biasanya akan gemar meminum air seperti jus buah-buahan, air soda atau coca cola. Jika mereka mengeluh kelaparan dan ingin makan bubur nasi, pisang, roti tos atau ubi boleh dicuba.

    SAKIT TEKAK

    Kanak-kanak yang menghidap penyakit lebam tonsil (tonsilitis) berasa sakit apabila menelan sesuatu jenis makanan. Minuman panas seperti teh, jus epal, ais krim atau susu ais, air tembikai yang telah dihancurkan selalu digemari oleh kanak-kanak seperti ini. Penyakit ini mungkin surut dalam beberapa hari dan diet yang biasa boleh dimulakan beransur-ansur memandang kepada minat dan keperluan kanak-kanak itu.

    BATUK SELESEMA

    Kanak-kanak yang menghidap penyakit batuk selesema akibat kuman virus selalu kurang berselera. Keadaan ini selalunya tidak membawa apa-apa kesan jika ibu bapa terus cuba memujuk anak-anak ini makan. Adalah lebih eloknya jika ibu sendiri mengunakan pengalamannya tentang minat anak-anak mereka supaya dapat menyediakan makanan yang bukan hanya berzat tetapi sesuai dengan minat anak mereka.

    Penyakit-penyakit seperti kencing manis, penyakit alahan dan penyakit-penyakit yang lain yang berpanjangan akan memerlukan komposisi makanan atau pemakanan yang khas yang sesuai bagi seseorang kanak-kanak itu. Ini biasanya akan diaturkan oleh seorang dietician yang akan bekerjasama dengan doktor yang merawat kanak-kanak ini.

    KESIMPULAN

    Walaupun penyakit-penyakit yang dihidapi oleh bayi atau kanak-kanak masing-masing mungkin memerlukan cara rawatan yang tersendiri , penyakit - penyakit ini mungkin mengakibatkan kanak-kanak atau bayi kurang selera.

    Dalam usaha untuk menjamin supaya tahap pemakanan (nutritional status) tidak terlalu terjejas akibat penyakit-penyakit ini ibu bapa perlu berikhtiar dengan seberapa daya untuk memberi makanan yang berzat yang boleh diminati oleh bayi atau anak-anak mereka pada waktu mereka sakit. Ini kadangkala tidak mudah dikendali apatah lagi mengikut arahan doktor untuk memberi anak-anak ubat yang tertentu kerana ini selalu diluah , dimuntahkan atau dibantah dengan kuat oleh kanak-kanak. Mujurlah kebanyakkan penyakit-penyakit yang menyerang bayi-bayi atau kanak-kanak hanya sementara dan tempoh mereka kurang berselera jarang berterusan.

    Untuk menjamin kesihatan seseorang kanak-kanak makanan yang mencukupi dan berzat, latihan jasmani yang mencukupi adalah perlu. Kanak-kanak yang sihat dengan sendirinya akan mempunyai ketahanan yang tinggi untuk mengatasi jangkitan-jangkitan.

    Kira Kalori Makanan

  • Tuesday, May 15, 2012
  • zana991
  • Tips pengiraan kalori makanan
    -------------------------------

    daily energy requirement = berat(kg) * 30 calories

    eg: berat si "A" 45kg * 30 = 1350 calories/day

    katakan ler nk kurangkan dlm minggu tu 1kg.. means 45kg-1kg=44kg

    so by tht week, pengambilan calories only 44*30 = 1320 calories/day

    lagik 30calories/day tu (1350-1320 calories) kita akan withdraw dari part2 lemak kita yg sedia ada.. usually start dgn punggung ler..



    PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

    Kategori:Kuih Muih
    1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
    2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
    3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
    4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
    5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
    6. Popia basah (satu) = 95 kalori
    7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
    8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
    9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
    10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
    11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

    Kategori: Lauk Pauk
    1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
    2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
    3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
    4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
    5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
    6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
    7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
    8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
    9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
    10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
    11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
    12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
    13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

    Kategori: Makanan Rutin
    1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
    2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
    3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
    4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
    5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
    6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
    7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
    8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
    9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
    10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
    11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
    12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
    13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
    14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

    Kategori: Makanan Segera
    1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
    2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
    3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
    4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
    5. Burger keju (satu) = 425 kalori
    6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
    7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
    8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

    Kategori: Buah-buahan
    1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
    2. Betik (sepotong) = 45 kalori
    3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
    4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
    5. Limau (sebiji) = 42 kalori
    6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
    7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
    8. Epal (sebiji) = 63 kalori
    9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
    10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

    kategori minuman

    minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
    minuman kotak 250g - 105 kal
    susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
    susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
    aiskrim 2 skop- 390 kal
    susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
    yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
    mentega 2 sudu teh - 75 kal
    keju chedar 1 keping -58 kal



    Petua memilih makanan di restoran :

    sebelum menempah meja, dapatkan maklumat sama ada bahan ramuan hidangan dapat ditukar
    baca menu dengan teliti dan pilih makanan yang sihat. Pilih makanan yang bersayur.

    Minta salad tanpa dresing

    minta makanan yang kurang berminyak, garam dan tanpa serbuk perasa (MSG). Minta yang menggunakan perasa seperti rempah atau herba

    pilih hidangan yang dikukus, rebus, panggang atau dibakar

    jika ada sos, minta ianya disajikan berasingan

    jika anda memerlukan makanan yang rendah kolestrol, elakkan makanan berdaging seperti otak, hati dan buah pinggang atau ketam, udang atau sotong

    pilih makanan yang disediakan pada asalnya memang berkalori rendah

    minta buah-buahan sebagai pencuci mulut

    minum air, teh atau kopi tanpa gula daripada meminum minuman ringan yang manis atau beralkohol