Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

3 tips untuk menajamkan imaginasi

  • Sunday, December 13, 2009
  • zana991
  • Imaginasi adalah cara untuk kita menguasai minda. Dari imaginasi, kita boleh kawal emosi kemudian mengawal perkataan-perkataan yang kita selalu ucapkan, secara lansung kita dapat cara kita bertindak supaya setiap tindakan kita berupa tindakan positif sahaja.

    Anda sudah pasti tahu bagaimana untuk berimaginasi, iaitu membayangkan sesuatu.

    Seterusnya, Anda cuma perlu tahu bagaimana untuk menajamkan imaginasi supaya realiti hidup Anda berubah ke tahap yang lebih baik, selari dengan apa yang Anda imaginasikan.

    Berikut adalah 3 tips untuk menajamkan imaginasi:

    1. Melatih diri dengan kerap.

    Imaginasikan sesuatu selama 20 minit, bukan 5 minit atau 10 minit. Ambik masa 20 minit dalam sehari, bayangkan apa yang Anda nak capai, bayangkan tahap kejayaan yang Anda nak miliki, bayangkan sesuatu yang Anda idamkan jika Anda mahu memilikinya. Lakukan 3 kali sehari, di waktu pagi, tengahari dan di waktu hendak melelapkan mata.

    Teknik ini baik untuk membuat kita bersemangat selalu. Selain itu, ia amat baik untuk melatih diri kita menjadi rajin, membuang sikap suka bertangguh serta amat baik untuk menaikan tahap motivasi dalam diri.

    2. Bayangkan seperti sedang melihat sebuah video, bukan sebuah gambar.

    Cara terbaik adalah membayangkan sesuatu dalam bentuk imej bergerak seperti di dalam video – ada elemen suara, bunyi latar belakang suasana, emosi Anda ketika itu dan orang-orang yang hadir pada situasi tersebut. Gambarkan seolah-olah ia realiti di depan mata Anda.

    Jika Anda mahu jadi orang berjaya, imaginasikan kejayaan seolah-olah kejayaan yang Anda idamkan tu satu realiti. Bayangkan Anda mendapat anugerah, bayangkan hadiah yang Anda dapat, suasana majlis ketika itu dan rasai emosi Anda pada waktu itu. Rasai suasananya, serap jauh ke dalam dasar hati.

    Selalulah berfantasi, kerana ia dapat melatih imaginasi Anda. Fantasikan kejayaan supaya hasilnya nanti membuahkan kejayaan. perkara paling penting pada tips kedua ni adalah membayangkan sesuatu dalam bentuk video diiringi dengan elemen-elemen emosi positif seperti kegembiraan dan keseronokan.

    3. Pastikan emosi Anda tenang selalu, setenang yang mungkin.

    Minda kita cepat menangkap apa yang kita imaginasikan apabila emosi kita tenang, perasaan kita tenang, bebas dari kegusaran, tak ada susah hati ataupun keraguan. Relakkan emosi. Elak untuk tidak memikirkan banyak perkara dalam satu masa.

    Bila sudah relaks, imaginasi Anda masuk lancar ke dalam minda separa sedar tanpa banyak halangan. Minda separa sedar akan faham apa yang Anda nakkan lantas menarik orang-orang perseorangan, situasi, perkara dan benda-benda berkaitan untuk menjadikan imaginasi Anda satu realiti. Cepat atau lambat itu bergantung pada apa yang Anda imaginasikan.

    Tenangkan diri dan serahkan semuanya kepada minda separa sedar Anda dengan keizinan Allah Yang Maha Esa. Andai kata timbul keraguan walaupun cuma sekali dan walaupun cuma sebesar semut, keraguan yang kecil tu akan memadam semua yang Anda imaginasikan.

    Moga dari penerangan ini Anda nampak betapa bahayanya unsur-unsur fikiran negatif seperti keraguan, kesangsian dan sikap skeptik. Semua unsur-unsur negatif ni memadam imaginasi yang Anda bina, kesemuanya hingga Anda terpaksa buat balik dari mula .

    Sekuat manapun Anda berimaginasi, semuanya tak akan berguna jika ragu-ragu, sangsi dan skeptik masih ada dalam fikiran.
    sumber: http://www.imotivasi.com/

    0 comments: