Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Salam Tahun Baru 1431H (18 Dis 2009)

  • Thursday, December 17, 2009
  • zana991
  • Assalamualaikum w.b.t.

    Esok 1 Muharam 1431 H, malaikat pencatat amal perbuatan kita akan membuka catatan baru untuk tahun baru mendatang.
    Mari membuka catatan tahun baru yang lebih bersih dengan semangat baru, niat baik, harapan, cita dan cinta.

    Kuatkan hati dan lambungkan harapan tinggi lalu bersemangat untuk mencapai segala niat baik kita nanti.
    Hilangkan segala permusuhan, damaikan jiwa dan raga untuk sesama umat manusia, bersama-sama mengisi sisa hidup di dunia dengan segala perbuatan yang baik, bermanfaat bagi diri sendiri dan sesama. Kerana inti kehidupan adalah menjadi manusia bermanfaat rahmatan lil alamin.

    Semoga Allah meredhai segala niat dan usaha ibadah kita di dunia ini.
    Semoga Allah memberikan Hidayah, Berkah, Keselamatan, Kesihatan dan Rezeki di tahun-tahun mendatang hingga ajal menjelang.
    Semoga Allah tetap meneguhkan nikmat Iman dan Islam dalam hati kita. Amin

    Ya Rabb jangan tinggalkan hamba meski hanya sedetik pun, kerana hamba tidak akan sanggup menghadapi dunia tanpaMu...

    Kawan, jangan lupa membaca doa akhir tahun setelah solat asar hari ini sebanyak 3x, lalu membaca doa awal tahun setelah solat maghrib hari ini sebanyak 3x di ulangi kembali esok hari pada 1 Muharam.

    17/12/2009

    0 comments: