Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Masalah web joomla x keluar di IE

  • Friday, January 29, 2010
  • zana991
  • Q: I get Internet Explorer Cannot Open the Internet Site... Operation Aborted

    A: Blame Microsoft for this one!
    http://support.microsoft.com/default.aspx/kb/927917

    It is linked to the Tooltips provided by Joomla and occurs usually on large pages:

    The simplest solution is to change:

    /libraries/joomla/html/html/behavior.php
    ~line 108

    $tooltipInit = ' window.addEvent(\'domready\', function(){ var JTooltips = new Tips
    ($$(\''.$selector.'\'), '.$options.'); });';

    To:

    $tooltipInit = ' window.addEvent(\'load\', function(){ var JTooltips = new Tips
    ($$(\''.$selector.'\'), '.$options.'); });';


    Or you can turn the Tootips off.

    Or you can do as Microsoft suggest and persuade your users to upgrade to IE8 or just use Firefox!

    Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali

  • Tuesday, January 26, 2010
  • zana991
  • Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ..

    1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
    2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
    3. Aku rumah penuh dengan tanah Dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
    4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
    5. Aku rumah pertanyaan Munkar Dan Nakir,maka banyaklah bacaan
    'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

    Lima Jenis Racun Dan Lima Penawarnya ......



    1. Duniaitu racun, zuhud itu ubatnya.
    2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
    3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
    4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
    5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

    Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

    Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :

    1.. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
    2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
    3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
    4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.


    Berpesan-pesanlah kepada kebenaran Dan kesabaran.
    Beberapa kata renungan dari Qur'an :

    Orang Yang Tidak Melakukan Solat:


    Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
    Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
    Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
    Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
    Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

    Joomla -Fatal error: Maximum execution

  • Monday, January 25, 2010
  • zana991
  • Jika terjumpa error bila edit artikel dalam editor

    Fatal error: Maximum execution time of 30 seconds exceeded in /libraries/joomla/filter/filterinput.php on line 268

    Penyelesaian:

    edit dalam file php.ini

    EDIT: max_execution_time = 30

    Save dan restart server

    Mukjizat di sebalik BISMILLAH

  • zana991



  • Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud... ..
    " siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam .... maka
    sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis"


    Mukjizat di sebalik BISMILLAH

    BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM '
    yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '

    KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

    1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu,
    maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu
    yang Allah turunkan kepada Jibrail.
    2. 'BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)
    3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.
    4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.
    5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
    6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19
    (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '
    7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamila h kekuatannya dan kamila h kehebatannya... '
    8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya...
    9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
    10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.
    11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

    Joomla: Error Warning: Memcache

  • zana991
  • Jika terdapat error bila view web joomla anda..

    Warning: Memcache::addserver() expects parameter 2 to be long, string given in ../libraries/joomla/cache/storage/memcache.php on line 84

    edit file memcache.php

    tambah ayat di bawah di baris pertama

    error_reporting(0);
    ..
    ?>

    Ikrar Ksatria ESQ 165

  • Friday, January 22, 2010
  • zana991
  • 1 Hati 6 Prinsip 5 Langkah

    1 Hati Ihsan Perbuatanku

    6 Prinsip
    Allah Tujuanku
    Malaikat mencatat perbuatanku
    Nabi dan Rasul teladanku
    Kita Suci pedomanku
    Hari Kemudian cita-citaku
    Ikhlas dan Tawakal sikapku

    5 Langkah

    Pengabdian kepada Allah Syahadatku
    Shalat karakterku
    Puasa bentengku
    Zakat keluarkan potensiku
    Haji derap langkahku
    Kamilah Ksatria 165

    Kenapa Blog saya Tiada Di search engine?

  • Tuesday, January 19, 2010
  • zana991
  • Kenapa Blog saya Tiada Di search engine?


    Pertanyaan di atas mungkin menjadi persoalan utama kepada para blogger.Adakah blog yang anda tulis terdapat di dalam search engine? Persoalan ini amat penting bagi membolehkan para pengunjung dari negara luar menemui blog anda melalui search engine seperti yahoo,google,altavista dan sebagainya. Mungkin masih ramai antara kita tidak mengetahui bahawa jumlah keseluruhan search engine terdapat di dunia ini melebihi 350 buah dan apakah para pengunjung dari serata dunia mampu menjejaki blog anda melalui kesemua medium ini.

    Untuk itu hari ini saya akan membantu anda semua untuk memasukkan web site anda di dalam search engine.Apa yang anda perlu lakukan hanyalah klik di banner sebelah ini dan masukkan alamat website anda di situ. Anda boleh juga check SEO,keyword,meta tag dan pelbagai maklumat lain di situ (http://www.submitexpress.com/) .Perkhimatan memasukkan website anda ke dalam search engine adalah percuma.Melalui perkhimatan submitexpress ini,website anda akan dimasukkan ke dalam lebih 350 search engine di seluruh dunia.

    setelah anda masukkan alamat web site anda di dalam submitexpress, dalam beberapa hari pihak submitexpress akan menghantar email susulan di dalam email anda sebagai pengesahan.Anda juga akan mendapatkan email daripada syarikat search engine lain untuk meminta pengesahan anda memasukan website anda di dalam search engine mereka. Setelah anda mengesahkan email itu, secara automatik web site anda di berada di dalam search engine mereka dan peluang web site anda di jumpai di search engine adalah tinggi bergantung kepada meta tag dan keyword yang anda pakai.

    Bagi mereka yang menggunakan akaun blogger, blog anda secara automatik akan di masukkan ke dalam search engine google. Namun, keyword yang dipakai oleh akaun blogger anda bergantung kepada isi kandungan anda. Inilah sebabnya mengapa blog anda sukar di temui kerana keyword tidak di pilih oleh anda sendiri.Kebiasaannya keyword memang tidak di sediakan bagi akaun blog yang percuma.

    untuk memeriksa maklumat website anda sila klik di sini---------> PERIKSA

    anda juga boleh memasukkan website anda di web Ring , yahoo dan dan lain-lain lagi.

    sekian sahaja buat kali ini.. Jika terdapat sebarang kesilapan,pertanyaan dan cadangan boleh di di perbetulkan di ruang komen. Kita saling berkongsi maklumat untuk kemajuan bersama.Terima kasih

    Peringatan dari PDRM

  • Monday, January 18, 2010
  • zana991
  • Peringatan dari PDRM

    Tips menghalang jenayah seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia .

    1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

    2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

    3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu
    diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan PJ).

    4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

    5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama...).

    6. Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, kalau terjaga tengah malam, cuba "on and off" kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa peka).

    7.. Tekan butang merah alarm kereta anda jika anda mengesyaki pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

    8. Sekiranya terlihat orang asing yang mencurigakan di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya mereka ini naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan
    mereka, mereka akan menundukkan kepala).

    9. Pesan dengan jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah anda dan mengaku saudara anda bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat kepada jiran supaya mereka boleh memaklumkan pada anda.

    10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat
    panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

    11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan 999 seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafal nombor tersebut. Ini memudahkan
    anda untuk membuat sebarang panggilan telefon.

    12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

    13. Lampu porch & lampu belakang rumah sebaiknya jenis automatik ,ia akan menyala bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi makan angin.

    14. Kalau perlu mengambil cuti panjang,sentiasa memberitahu jiran2 anda supaya mereka dapat membantu menyimpan surat dlm mail box. Peti surat yg penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

    15.. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

    16. Kereta PROTON merupakan kenderaan yang paling mudah dicuri. Kalau kereta anda baru dibeli, sekurang-kurangnya anda perlu mengunci gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi ia dapat membantu melambatkan pencuri).

    17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua sekiranya berlaku kebakaran.

    18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

    19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni....). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

    20. Kalau menyewa di rumah baru, pastikan anda menukar padlock baru,kerana mungkin penyewa terdahulu
    masih mempunyai kunci pendua.

    21. Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.


    Sumber: Bukit Aman PDRM

    Solat sunat gerhana

  • Sunday, January 17, 2010
  • zana991
  • Sekadar untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan mengenai solat gerhana matahari:



    http://ms.wikipedia.org/wiki/Solat_sunat_gerhana

    http://ppips.utm.my/ppips/index.php?option=com_content&task=view&id=106&Itemid=116

    http://nasbunnuraini.wordpress.com/2007/04/30/sembahyang-gerhana-matahari-dan-bulan/

    Solat sunat gerhana matahari

  • zana991
  • Solat sunat gerhana matahari yang jatuh pada hari ini mulai antara 3.15ptg hingga 5.45 ptg.

    15/1/2010
    Secara ringkasnya seperti berikut :

    Rakaat PERTAMA.

    1. Takbiratul Ihram.
    2. Membaca doa iftitah.
    3. Membaca Ta`awudz. ( )
    4. Membaca surah al-Fatihah.
    5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
    6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
    7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.
    8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
    9. Iktidal.
    10. Sujud dan membaca tasbih.
    11. Duduk antara 2 sujud.
    12. Sujud kembali.
    13. Berdiri ke rakaat kedua.

    Rakaat KEDUA

    1. Membaca surah al-Fatihah.
    2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
    3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
    4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
    5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
    6. Iktidal.
    7. Sujud dan membaca tasbih.
    8. Duduk antara 2 sujud.
    9. Sujud kembali.
    10. Membaca tasyahud akhir.
    11. Memberi salam.

    Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

    Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah "

    SWOT diri anda untuk prestasi yang cekap dan berkesan : Tahun 2010

  • Tuesday, January 5, 2010
  • zana991
  • ANALISIS SWOT (Strength, Weaknesses, Opportunity, Threats)

    Peluang (Opportunity)

    1. Kepercayaan yang tinggi diberikan oleh majikan
    2. Keperluan IT yang meningkat
    3. Pengaruh anda dalam sesetengah aspek di bahagian
    4. Bajet khas ICT
    5. Bajet khas kursus ICT
    6. Kenaikan Pangkat
    7. Anjakan Gaji

    Ancaman (Threats)

    1. Perubahan teknologi yang cepat berubah dan keperluan peningkatan kompetensi
    2. Kurang peralatan / peralatan tidak terkini
    3. Bajet pengoperasian yang kurang
    4. Kos kursus yang tinggi dan bajet kursus yang kurang
    5. Kebergantungan pada pihak lain : TM,Jaring,Vendor
    6. Tidak mendapat sokongan ketua/pengurusan

    Kekuatan(Strength)


    1. Mempunyai peranan yang jelas dalam bahagian
    2. Minat dan suka dengan kerja sekarang, semangat kerja yang tinggi
    3. Memiliki bidang kemahiran/skil diperlukan jabatan
    4. Suka melakukan kerja yang lebih mencabar
    5. Menaggap kerja sebagai ibadah yang perlu dilaksanakan dengan sesempurna mungkin
    6. Mempunyai kreativiti yang tinggi
    7. Minat yang tinggi dalam menambah ilmu
    8. Suka berkongsi ilmu dengan rakan-rakan sekerja
    9. Sering memberi idea dalam menyelesaikan sesuatu tugasan
    10. Suka berbincang dengan rakan atau ketua
    11. Boleh bekerja dalam pasukan

    PELUANG


    ------------
    Gabungan kekuatan dan peluang yang ada boleh mencetus satu kuasa hebat !!

    1. Dengan kepercayaan yang diberikan majikan dan peranan yang jelas/ mempunyai kreativiti/suka member idea baru, anda boleh melaksanakan tugas dgn lebih cemerlang Boleh menjadi pencetus perubahan

    (KPI: jumlah tugasan/projek atau tugasan/projek penting yang dipertanggungjawabkan, jumlah kewangan diluluskan oleh majikan untuk projek)

    2. Dengan bajet yang mencukupi/memadai anda boleh melaksanakan tugas dengan mendapat keperluan sumber yang mencukupi/memadai. Ini akan membantu anda melaksanakan tugas dengan lebih sempurna.

    (KPI : jumlah sumber yang diperolehi dan laporan kejayaan tugasan/projek , kecekapan melaksanakan tugasan atau projek dari penyelia atau ketua)

    3. Dengan bajet khas kursus ICT, anda perlu merebut peluang menghadiri latihan bagi mendapat meningkatkan kompetensi .

    (KPI : jumlah latihan dan penilaian keberkesanan latihan)

    4. Dengan perkongsian ilmu, anda membantu meningkatkan kompetensi rakan sekerja atau staf di bawah anda dan ini boleh memberi impak yang baik pada majikan

    (KPI : jumlah sesi perkongsian ilmu, respon rakan/staf bawahan)

    5. Dengan melaksanakan peranan dengan baik/ mempunyai daya kreativiti/ suka bekerja dalam pasukan, akan membuka peluang yang lebih untuk anda menerima anjakan gaji , anugerah cemerlang atau kenaikan pangkat.

    (KPI : Anjakan gaji, anugerah cemerlang yang diterima , penghargaan atau kenaikan pangkat)

    ANCAMAN

    Keadaan yang boleh menggugat dan perlu diambil berhatian

    1. Dengan peranan yang jelas/ minat dengan kerja/ bidang kemahiran yang ada , manakala teknologi pula berubah dengan cepat, tingkatkan kompetensi anda melalui:
    i. Menghadiri kursus/latihan (jika tiada isu bajet kursus)
    ii. Belajar dari rakan-rakan
    iii. Membina jaringan dengan rakan-rakan dari luar
    iv. Menghadiri technology updates
    v. Menjalin hubungan dengan industri/ vendor dan melaksanakan projek bersama supaya berlaku pemindahan teknologi

    (KPI : jumlah latihan, jaringan, technology updates yang anda hadiri)

    2. Walaupun anda memerlukan latihan tetapi bajet latihan yang diberi oleh majikan rendah, ikut langkah 1. ii,iii dan iv di atas serta menghadiri kursus yang dibuat secara dalaman oleh staf yang dihantar menghadiri kursus di luar.

    (KPI : jumlah latihan, jaringan, technology updates yang anda hadiri)

    3. Mempunyai idea/kreativiti yang tinggi tetapi tidak mendapat sokongan ketua;
    i. Kenali ketua anda
    ii. Fahami keperluan jabatan
    iii. Buktikan kejayaan anda melalui tugasan yang diarahkan
    iv. Sentiasa menghormati ketua

    (KPI : memperolehi kepercayaan ketua)

    4. Kebergantungan kepada pihak lain boleh menyebabkan ketidaksempurnaan dalam tugasan jika pihak tersebut tidak melaksanakan tugas dengan baik. Dengan komitmen, minat dan sikap positif yang anda ada, anda perlu membuat pemantauan dan membuat pelaporan kepada ketua sebarang ketidakpatuhan yang berlaku .

    (KPI : Jumlah pemantauan dan jumlah rekod ketidakpatuhan)
    Kelemahan (Weaknesses)

    1. Kurang berkemahiran dalam tugasan
    2. Kurang kefahaman dalam tugasan
    3. Kurang minat dalam tugasan
    4. Mempunyai sikap yang negatif dalam aspek tertentu : kurang yakin / kurang semangat tinggi
    5. Tidak suka bekerja dalam pasukan
    6. Tidak sukar kerja yang mencabar dan tidak suka mencabar diri melakukan
    tugas dengan lebih baik
    7. Mudah mengalami tekanan di tempat kerja apabila tugasan terlalu banyak atau tidak ada keyakinan dalam tugasan yang diamanahkan


    -------------
    Kekangan yang boleh ditukar kepada peluang dalam masa terdekat akan datang. Tingkatkan keupayaan (capacity building/learning and growth)

    1. Berbincang dengan ketua mengenai tugasan anda serta masaalah dalam melaksanakannya

    (KPI : jumlah perbincangan dan maklumbalas ketua)

    2. Melaksanakan tugasan atau projek secara berkumpulan terutamanya melibatkan mereka yang mahir agar anda boleh belajar secara langsung
    (KPI : jumlah tugasan/projek berkumpulan dan hasil tugasan/projek)

    3. Dengan kemahiran yang kurang tetapi mempunyai bajet latihan, anda perlu merebut peluang untuk menghadiri latihan

    (KPI : jumlah latihan dan penilaian keberkesanan latihan)

    4. Belajar untuk membina sikap yang positif dalam diri dengan:
    i. Mendapatkan bantuan mentor
    ii. Mencontohi idola
    iii. Berbincang dengan rakan-rakan atau ketua atau mana-mana pegawai

    ( KPI : mencari mentor , maklum balas mentor, perbincangan dengan rakan/ketua/pegawai)

    5. Belajar bina semangat kerja berpasukan serta sikap yang perlu ada seperti bertolak-ansur. Ini akan membantu diri sendiri ke arah kebolehan menyelia , kenaikan pangkat dan menjadi pemimpin di peringkat masing-masing

    (KPI : Penglibatan dalam tugasan berkumpulan)

    6. Kepercayaan yang diberikan kepada anda membuatkan anda banyak kerja dan mudah mengalami tekanan. Kurangkan tekanan dengan:
    i. Selalu berbincang dengan ketua atau rakan mengenai pelaksanaan kerja
    ii. Mengikuti kursus pengurusan masa
    iii. Mengkaji bebanan tugas anda dan melaksanakan tugasan mengikut keutamaan
    iv. Tidak menangguhkan tugasan hingga ke saat akhir
    v. Menambah tahap koompetensi dan kecekapan bekerja

    (KPI : dapat menyelesaikan tugasan dengan baik dalam tempoh yang ditetapkan)

    -------------
    Masaalah yang memerlukan perhatian SEGERA !!

    1. Dalam keadaan kurang kemahiran, manakala teknologi pula cepat berubah, anda WAJIB:
    i. menghadiri kursus dan sesi perkongsian ilmu
    ii. Mendapatkan technology updates (perkembangan teknologi)
    iii. Mendapatkan seorang mentor bagi membantu
    iv. Mencari ilmu pengetahuan dari buku, majalah, laman web
    v. Membina jaringan dengan rakan-rakan dari luar organisasi dan berkongsi pengetahuan/perkembangan ICT
    vi. Mengikuti kursus-kursus pengajian secara peribadi

    (KPI : jumlah latihan/ kewujudan mentor/ maklum blalas mentor/ jumlah jaringan/ sijil diperolehi)


    2. Dengan kelemahan yang ada pada diri manakala ketua pula tidak memberi sokongan:
    i. Berbincangan dengan rakan sekerja
    ii. Berbincang dan mendapatkan nasihat dari ketua-ketua yang lain atau pihak pengurusan
    iii. Dapatkan keyakinan ketua dengan membuktikan kejayaan tugasan yang diamanahkan

    (KPI : jumlah perbincangan yang dibuat dan hasil perbincangan)

    3. Berbincang dengan ketua/pihak pengurusan untuk berpindah penempatan ke bahagian lain yang lebih sesuai dengan kemahiran yang ada. Ini merupakan langkah terakhir.

    (KPI : kejayaan tugasan di penempatan baru)

    Law Of Attraction

  • zana991
  • "RAHASIA KEKUATAN HUKUM ALAM"

    Law of Attraction (LoA)!

    Salah satu hukum alam yang paling luar biasa yaitu HUKUM TARIK MENARIK atau di kenal sebagai Law of Attraction (LoA)!

    Ini adalah sebuah rahasia, yang dimana kita sadari atau tidak, mengerti atau tidak mengerti, LoA tetap bekerja.. Apakah kita sadari sering kali kita takut dan cemas terhadap sesuatu hal, makin kita takuti malah itu yang terjadi dalam hidup kita. karena hukum LoA ini akan menarik semua apa yang ada di dalam pikiran kita yang dominan, tidak peduli yang kita inginkan atau tidak, apapun yang kita pikir dan focuskan terus menerus akan memancarkan gelombang ke alam semesta dan akan menarik semuanya wujud dalam hidup kita.

    So, hati-hati dalam memilih apa yang kita pikirkan dan focuskan, misalnya banyak orang takut gemuk, malahan yang terjadi makin gemuk, karena yang ada di pikirannya adalah...? "gemuk" betul sekali. Sama juga semua orang tentunya tidak mau miskin, tapi mereka tiap hari pikir miskin, ngeluh miskin, gaya bicara orang miskin, dll so yang terjadi adalah mereka makin miskin !

    Saya yakin Anda sudah mulai mengerti cara kerja LoA ini. so berhenti [Stop] berpikir dan focus sama apa yang tidak Anda inginkan, tetapi mulailah focus pada apa yang Anda inginkan dalam hidup Anda: kebahagiaan, kesehatan, kekayaan, persahabatan yang luar biasa dll. dan satu kunci rahasia lain adalah bersyukur (gratitude), bersyukur atas apapun yang ada dalam hidup kita, perasaan bersyukur ini akan membawa kita pada perasaan (feel good ) so dengan begitu kita akan memancarkan gelombang & energi positif ke alam semesta dan yang terjadi adalah kita akan menarik semua apapun yang kita inginkan wujud dalam hidup kita secara ajaib. inilah hukum LoA (Law of Attraction)!!

    Motivasi diri – 17 bahaya lidah

  • zana991
  • 17 bahaya lidah adalah:

    1. kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.

    2. kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.

    3. adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.

    4. lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.

    5. satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan

    6. kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.

    7. mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).

    8. gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).

    9. bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.

    10. terlalu banyak bergurau dan bersenda.

    11. suka menghina orang lain.

    12. menyebarkan rahsia.

    13. berjanji lalu mendustai janji itu.

    14. akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.

    15. mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.

    16. menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.

    17. memuji yang melampau-lampau.

    Anda sudah tahu 17 bahaya yang mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan. Salah satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari lidah mereka.

    Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah.

    Kerana lidah yang selalu memaki-maki, menyumpah seranah, mentertawakan seseorang dan mengumpat-umpat, ramai di antara kita di timpa dengan masalah yang tak berkesudahan.

    Masalah itu menjadi balasan Allah atas perbuatan kita kerana kita tidak menjaga lidah. Kita mungkin pernah mengumpat, memaki atau memarahi seseorang dengan teruk sekali. Kita tak pernah fikir balasan atas kata-kata kita itu.

    Jika hidup Anda selalu bermasalah, inilah masanya Anda check lidah Anda dan perangai Anda.