Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Solat sunat gerhana matahari

  • Sunday, January 17, 2010
  • zana991
  • Solat sunat gerhana matahari yang jatuh pada hari ini mulai antara 3.15ptg hingga 5.45 ptg.

    15/1/2010
    Secara ringkasnya seperti berikut :

    Rakaat PERTAMA.

    1. Takbiratul Ihram.
    2. Membaca doa iftitah.
    3. Membaca Ta`awudz. ( )
    4. Membaca surah al-Fatihah.
    5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.
    6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
    7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.
    8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
    9. Iktidal.
    10. Sujud dan membaca tasbih.
    11. Duduk antara 2 sujud.
    12. Sujud kembali.
    13. Berdiri ke rakaat kedua.

    Rakaat KEDUA

    1. Membaca surah al-Fatihah.
    2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
    3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
    4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
    5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
    6. Iktidal.
    7. Sujud dan membaca tasbih.
    8. Duduk antara 2 sujud.
    9. Sujud kembali.
    10. Membaca tasyahud akhir.
    11. Memberi salam.

    Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :

    Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah "

    0 comments: