Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image Demo image

Resipi Ramadhan

  • Monday, August 15, 2011
  • zana991
  • Ikan mudah digoreng


    Bagi memudahkan kerja menggoreng ikan,campurkan kunyit dengan sedikit tepung gandum,gaulkan bersama ikan,Insya-Allah,ikan yang digoreng tidak melekat dikuali dan mudah diangkat.
    Melembutkan daging atau tulang


    Kebiasaan memasak daging atau sup tulang memerlukan masa yang lama untuk melembutkanya.Atasinya dengan mendapatkan dua batang akar pandan yang dipotong dua dan masukkan kedalam rebusan tersebut.

    Merangupkan pisang goreng

    Jika ingin pisang goreng rangup,berkerak dan garing,ketika membuat bancuhan tepung,masukkan sedikit ketulan ais ke dalam tepung.kacau bancuhan itu sehingga kelihatan berbuih,masukkan juga sedikit minyak masak yang panas kedalam bancuhan tadi.

    Nasi Impit Tradisional
    Bahan-bahan

    1 cawan beras biasa (bukan wangi)

    3 1/2 – 4 cawan air

    1 helai daun pandan

    1/4 sudu kecil perahan air limau nipis

    garam.

    Cara masak.

    1. Campurkan beras, air, daun pandan, garam dan tanak nasi.(Masak menggunakan periuk dan dapur gas)

    2. Biarkan nasi menggelegak dan kacau selalu

    3. Apabila nasi kering, kecilkan api. Alas periuk dengan lapisan aluminium dan tutup periuk.

    4.Masukkan air limau nipis.Biarkan nasi benar-benar kering dan kental.(anggaran 20 – 30 minit)

    5. Masukkan nasi dalam loyang yang beralaskan daun pisang dan tutup nasi dengan lapik daun pisang. Tindih permukaan loyang dengan benda yang berat supaya nasi benar-benar mampat dan kejap.

    6. Biarkan semalaman barulah dipotong-potong.

    Tips:

    Penggunaan air limau pada nasi untuk menjadikan nasi berkilat.Nasi impit ini berbeza teksturnya dengan nasi impit segera/plastik kerana dia lebih lembut, kejap dan sejuk.

    Kuah kacang

    Kuah kacang

    Bahan-bahan
    2 cawan kacang tanah
    1/2 cawan cili kisar
    6 biji bawang merah kisar
    1 biji bawang besar kisar
    1 biji bawang putih kisar
    3 batang serai diketuk
    1/2 inci lengkuas diketuk.
    2 sudu gula melaka
    gula
    garam
    air asam jawa
    2 cawan air
    Minyak menumis
    Cara masak
    1. Panaskan minyak (gunakan minyak agak banyak sedikit) dan tumiskan bawang dan bawang putih hingga naik bau.
    2. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak atau garing sedikit.
    3. Masukkan air, serai dan lengkuas.
    4. Masukkan kacang tanah yang digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk halus.
    5. Masak sehingga kacang tanah berasa empuk. Jika airnya kering boleh ditambah lagi.
    6. Setelah kacang tanah empuk, masukkan gula, garam dan air asam. Biarkan kuah elok pekatnya dan menggelagak seketika barulah diangkat.Kuah kacang
    Kuah kacang pelengkap kepada lontong
    Tips
    1. Kuah kacang lebih enak jika rasanya manis sedikit.
    2. Jika terlalu berminyak boleh dibuang minyaknya (skim)
    3.Lebih enak dimakan jika dibiar sekejap supaya kuah dan kacangnya mesra.
    4. Untuk mendapatkan rasa kacang yang lunak dan lembut, boleh gunakan kacang tanah yang besar.

    Bahan-bahan
    Kuah lodeh
    3 cawan sederhana pekat

    Kuah lodeh berparu


    5 biji bawang merah kisar
    1 biji bawang putih kisar
    1/2 inci halia titik
    2 batang serai ketuk
    sedikit ikan bilis atau udang kering sebagai rencah
    5 batang kacang panjang dipotong serong
    1/4 cawan sengkuang hiris memanjang
    1/2 batang lobak merah potong memanjang
    1 keping tauhu digoreng dipotong kecil
    1 keping tempe digorengdipotong kecil
    2 keping fucuk (tauhu kering) direndam dan dipotong-potong
    Beberapa urat soon direndam
    Sedikit kunyit serbuk, dan garamParu goreng
    Paru goreng
    Cara masak
    1. Masukkan bawang, halia, serai, serbuk kunyit, perencah(ikan bilis/udang kering) dalam santan .
    2. Masukkan kacang panjang dan masak sehingga kacang panjang separa empuk.
    3. Masukkan sengkuang, lobak merah dan fucuk. Setelah sedikit menggelegak masukkan tauhu, tempe, soon dan garam. Kacau sebentar dan kemudian bolehlah diangkat.

    Paru goreng berempah


    Paru Goreng Berempah
    Bahan-bahan

    1/2 kg paru di potong dua atau empat

    1 sudu makan rempah ketumbar ditumbuk

    1 sudu makan jintan kasar/putih ditumbuk

    1/2 sudu jintan halus ditumbuk

    2 biji bawang putih ditumbuk

    1/2 inci halia ditumbuk

    serbuk kunyit, garam dan minyak masak

    Cara Masak

    1. Rebus paru lembu sehingga airnya kering sedikit (anggaran 30 minit).Toskan.

    2. Hiris paru nipis-nipis. Kemudian lumurkan garam, kunyit, serbuk rempah, bawang putih, halia. Perap selama 3 atau 4 jam dalam peti sejuk.

    3. Kemudian goreng paru secara minyak terendam sehingga garing.

    Tips:

    Paru perlu direbus agak lama terlebih dahulu supaya apabila digoreng akan rangup dan tidak lembik.


    4. Bolehlah dihidang dengan nasi impit, kuah kacang dan paru goreng.

    0 comments: